Alhamdulillah habis sudah sesi berpantang anak kedua. 44hari yang dirasakan sekejap sangat namun berharga. Bila lagi kita akan diberi peluang macam ini bukan? Baiklah entri kali ini saya ingin berkongsi perbezaan pengalaman berpantang antara anak pertama dan kedua. Di harap perkongsian ini dapat memberi sedikit pengalaman bagi ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata atau yang tidak lama lagi melahirkan cahaya mata.
Anak pertama tidak mahu puting kosong. Habis diluah jika kita paksa dia untuk hisap puting tersebut. Kononnya hendak bagi si anak diam dari menangis. Rupa-rupanya ingin didukung sahaja.Sakit pinggang si ibu. hihhihi.. Seseungguhnya anak pertama kita tiada pengalaman langsung. Bila menetekkan si anak dan anak nampak seperti tidak puas susu, kita dengan cepatnya memberi susu formula dengan mengatakan anak tidak kenyang.
Semasa berpantang anak pertama, si ibu dan si anak terpaksa jadi burung hantu pada waktu malam. Kononnya mengikut si ibu..Kerana si ibu bekerja shift malam sampai hingga hujung kelahiran, jadi si anak masih belum boleh mengubah jadual waktunya walaupun sudah melihat dunia.
Baiklah kita buka pula cerita anak kedua ini. Sangat-sangatlah berbeza. Si adik sangatlah sukakan puting kosong. Masih seperti si abang, si adik jugak suka di dukung, dibuai untuk tido. Sesi sakit pinggang ibu kembali lagi.hihihi. Alhamdulillah si adik dapat menyusu susu badan sepenuhnya sehingga habis pantang hari ini dan saya berharap sangat-sangat untuk meneruskan penyusuan sehingga berumur 2 tahun atau lebih. Amin. Terima kasih dengan encik google dan medium elektronik contoh facebook, blog-blog kerana dari situ saya dapat belajar cara menghasilkan susu badan yang banyak.
Dan satu lagi istilah burung hantu dan bekerja shift malam menyebabkan anak tidak tidur malam selepas bersalin adalah omongan dan dongengan semata-mata.hihihi. Dengan si adik sangatlah lena tidur malam saya. Alhamdulillah syukur nikmat. Serasa sampai sini sahajalah entri saya kali ini. Memperkenalkan khalifah saya yang kedua Adam Hafiy bin Mohd Faidzal.
Laman Inspirasi Bisnes Secara Online
Wednesday, August 27, 2014
Thursday, July 3, 2014
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK
Assalamualaikum w.b.t
Diharap masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak buat semua umat Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah disaat-saat saya mengandungkan anak kedua, saya masih mampu menahan lapar dan dahaga selama 5hari. Syukur nikmat yang Allah s.w.t berikan pada saya. Masih mampu berpuasa di saat menghitung hari untuk melahirkan. InsyaALLAH pada 25 Julai ini saya akan melahirkan seorang lagi umat Muhammad. Amin. Doakan yang terbaik untuk saya.
Ingin saya kongsikan sedikit bingkisan yang say ambil dari facebok. Harap dapat memberi manfaat pada semua. InsyaALLAH.

Ramadhan Musings # 14
Begitu cepat masa berlalu, sudah masuk hari kelima puasa!
Kebanyakkan kita masih dalam proses detox dengan gejala letih mengantuk , belum sesuai rutin tidur dan mungkin lenguh badan serta mood kurang baik .
Insya allah , ini akan berlalu jika kita amalkan puasa dengan memakan yang bersih, sederhana dan mengikut tips detox yang saya sudah berikan .
Hari ini saya nak sentuh tentang detox emosi dan detox tabiat buruk Apa agaknya modus operandi kita untuk bab ini ?
Antara perkara yang paling sukar untuk kita ubah adalah diri kita dengan tabiat kita serta emosi kita .
"Tools" yang paling kita perlukan adalah doa serta zikir munajat yang ikhlas dan jujur yang menusuk jiwa, yang megeluarkan air mata (air mata juga sebahagian detox ) .
Mungkin kita gagal bangun sahur, mungkin terlepas subuh dan ini mengecewakan kita, sudah tidak bersih record ibadah ramadhan kita . Mungkin kita lihat kawan kita lebih advanced baca quran dari kita .
Semua itu penting tapi yang lebih penting air mata keinsafan kita, hati yang lembut lunak penuh dengan belas kasihan,
Sikap syukur dan rendah diri seorang hamba Allah yang berbuat dosa lebih baik dari seorang hamba Allah yang mendabik dada dengan angkuh atas pencapaian dirinya !
Dengan badan letih lesu dan sakit-sakit, kita berjihad perbetulkan pemakanan, cukupkan ibadah wajib dan sunat dan mara kehadapan selangkah demi selangkah .
Hasil usaha kita belum kelihatan dan nampak jauh didepan namun istiqamah sertai zikir munajat dan doa bekalan kita bulan puasa ini .
Amat rugi jika sehari lalu tanpa kita doakan kebaikan dunia akhirat untuk diri kita, keluarga kita, jiran kita , umat Islam dan umat manusia sejagat . Kita doakan bahawa kita dan orang yang bersama kita berada di pihak sebelah kanan ( ashabul yamin ) orang yang buat kebaikkan dan mengajak kepada kebaikkan serta menghalang kemungkaran dan kejahatan .
Ampun maaf dipinta jika ada terkasa bahasa, salah dan silap saya sempena Ramadhan mulia ini dan semoga puasa saya dan puasa pembaca sekalian beroleh kebaikan dunia akhirat !
Ramadhan Mubarak !

Tuesday, June 24, 2014
BISNES ONLINE
Saya mula bisnes online dari 2012.
Kenapa saya pilih bisnes online? Sebab saya pemalu pada masa tu. Sekarang pun masih pemalu.. Kalau secara offline, selagi orang tak tanya, saya takkan keluarkan barang yang saya jual.
Soalannya ialah, kalian super pemalu? Maka bisnes online sesuai untuk kalian. Takyah tergagap-gagap nak bercakap.Biar blog & fb yang bercakap.
4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc
Kelas dijalankan atas talian sahaja, di group kelas fb, masa beljar sangat fleksibel. Semuanya atas talian shaja. Juga uruskan penghantaran produk diuruskan 100%pasukan akademi. Tiada cod. Kalian hanya belajar hasilkan blog dan mempromosi produk jualan.
JANGAN MALU-MALU FOLLOW BLOG SAYA ATAU WHATS SAYA 01111262544

Sunday, June 22, 2014
DIRI SAYA
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan catatan harian saya. InsyaALLAH akan berterusan hendaknya. Kerana saya juga suka menulis sesuatu yang baru. Entri kali ini adalah rentetan dari entri sebelum ini.
Nama saya Norhaslinda binti Roslan. Berasal dari Kota Tinggi Johor. Di besarkan dari kecil sehinggalah saya berumur 19 tahun disana. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana di Kota Tinggi juga. Pendidikan tertinggi setakat ini di peringkat Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Pulau Pinang pada tahun 2004 sehinggalah 2007.
Kerjaya saya bermula pada November 2007 sehinggalah sekarang. Suami bernama Mohd Faidzal bin Idris dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Adam Hasziq bin Mohd Faidzal yang berumur 4tahun. Dan insyaALLAH pada penghujung bulan Julai ini saya akan melahirkan cahaya mata yang ketiga. Amin. Kenapa saya kata tiga. Saya pernah keguguran semasa pertama kali mengandung. Tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya lagi masa itu. Saya terima qada' dan qadar Allah s.w.t.
Sekarang saya bekerja sebagai seorang jururawat terlatih di sebuah hospital kerajaan di AMpang Selangor. Bekerja di Bone Marrow Transplant Ward (BMT). Mungkin tidak ramai yang tahu apa itu BMT wad. Bone marrow transplant adalah pemindahan sum-sum tulang. Saya menjaga pesakit yang mengalami kanser darah seperti leukemia.
Baiklah saya rasa setakat ini sahaja entri saya. InsyaALLAH saya akan sambung entri tentang kerja saya di BMT wad pada entri akan datang. Harap bersabar menunggu ya. Banyak kisah menarik yang saya ingin kongsi dengan semua.

Saturday, June 21, 2014
STRATEGI JANA WANG SECARA SAMBILAN
Assalamualaikum w.b.t.
Menulis tidaklah sesusah yang disangka. Walaubagaimanapun saya telah mengambil masa yang lama iaitu lebih daripada sebulan untuk menghasilkan coretan harian yang tidak seberapa ini. Sedangkan di zaman persekolahan dulu saya adalah antara orang yang aktif menulis dan bercita-cita untuk menjadi seorang novelis terkenal. Pelik bukan.
Siapa saya? Saya hanyalah insan biasa yang tidak punya apa-apa. Bekerja sebagai seorang jururawat. Berumur 29tahun. Sudah berkecimpung dalam dunia kesihatan dan perubatan selama 10tahun. Disebabkan sudah terlalu lama rasanya sudah tiba masa untuk saya mencari sesuatu yang baru atau lebih elok dikatakan mencari keselesaan dalam kehidupan harian. Maksud disini mencari masa terluang dengan keluarga dan saya bebas menentukan masa saya sendiri.
Seingat saya, saya memulakan perniagaan online pada penghujung tahun iaitu December 2012 dengan secara tidak sengaja. Saya sudah bermula dengan perniagaan offline pula semenjak saya saya di bangku sekolah menengah lagi. Jadi sifat dan sikap berniaga sudah ada sedari saya remaja lagi. Dan ianya berlangsung sehinggalah penghujung tahun 2012. Dimana pada bulan tersebut menjadi titik tolak perniagaan online saya. Saya bermula dengan tanpa sebarang modal. Menarik bukan. Kita tidak perlu mengeluarkan sebarang modal dan menyimpan produk yang banyak di rumah. Alhamdulillah dengan konsep perniagaan dropship saya masih boleh menjadi 'SURI BERKERJAYA' dalam satu masa.
Saya berharap dengan adanya blog-blog seperti ini dapat melahirkan ramai usahawan yang bekerja dari rumah dan juga usahawan sambilan sambil bekerja. Amin. InsyaALLAH.

Subscribe to:
Posts (Atom)