Wednesday, August 27, 2014

KEHIDUPAN BARU

Alhamdulillah habis sudah sesi berpantang anak kedua. 44hari yang dirasakan sekejap sangat namun berharga. Bila lagi kita akan diberi peluang macam ini bukan? Baiklah entri kali ini saya ingin berkongsi perbezaan pengalaman berpantang antara anak pertama dan kedua. Di harap perkongsian ini dapat memberi sedikit pengalaman bagi ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata atau yang tidak lama lagi melahirkan cahaya mata.

Anak pertama tidak mahu puting kosong. Habis diluah jika kita paksa dia untuk hisap puting tersebut. Kononnya hendak bagi si anak diam dari menangis. Rupa-rupanya ingin didukung sahaja.Sakit pinggang si ibu. hihhihi.. Seseungguhnya anak pertama kita tiada pengalaman langsung. Bila menetekkan si anak dan anak nampak seperti tidak puas susu, kita dengan cepatnya memberi susu formula dengan mengatakan anak tidak kenyang.

Semasa berpantang anak pertama, si ibu dan si anak terpaksa jadi burung hantu pada waktu malam. Kononnya mengikut si ibu..Kerana si ibu bekerja shift malam sampai hingga hujung kelahiran, jadi si anak masih belum boleh mengubah jadual waktunya walaupun sudah melihat dunia.

Baiklah kita buka pula cerita anak kedua ini. Sangat-sangatlah berbeza. Si adik sangatlah sukakan puting kosong. Masih seperti si abang, si adik jugak suka di dukung, dibuai untuk tido. Sesi sakit pinggang ibu kembali lagi.hihihi. Alhamdulillah si adik dapat menyusu susu badan sepenuhnya sehingga habis pantang hari ini dan saya berharap sangat-sangat untuk meneruskan penyusuan sehingga berumur 2 tahun atau lebih. Amin. Terima kasih dengan encik google dan medium elektronik contoh facebook, blog-blog kerana dari situ saya dapat belajar cara menghasilkan susu badan yang banyak.

Dan satu lagi istilah burung hantu dan bekerja shift malam menyebabkan anak tidak tidur malam selepas bersalin adalah omongan dan dongengan semata-mata.hihihi. Dengan si adik sangatlah lena tidur malam saya. Alhamdulillah syukur nikmat. Serasa sampai sini sahajalah entri saya kali ini. Memperkenalkan khalifah saya yang kedua Adam Hafiy bin Mohd Faidzal.