Tuesday, June 24, 2014

BISNES ONLINE

Saya mula bisnes online dari 2012.
Kenapa saya pilih bisnes online? Sebab saya pemalu pada masa tu. Sekarang pun masih pemalu.. Kalau secara offline, selagi orang tak tanya, saya takkan keluarkan barang yang saya jual. 

Soalannya ialah, kalian super pemalu? Maka bisnes online sesuai untuk kalian. Takyah tergagap-gagap nak bercakap.Biar blog & fb yang bercakap.

4 kelas berikut masih dibuka sempena kedatangan ramadhan
-kelas mula bisnes makanan sunnah
-kelas mula bisnes projek raya
-kelas telekung solat borong dan runcit
-kelas mula bisnes produk islami, quran, tajwid, etc

Kelas dijalankan atas talian sahaja, di group kelas fb, masa beljar sangat fleksibel. Semuanya atas talian shaja. Juga uruskan penghantaran produk diuruskan 100%pasukan akademi. Tiada cod. Kalian hanya belajar hasilkan blog dan mempromosi produk jualan.

JANGAN MALU-MALU FOLLOW BLOG SAYA ATAU WHATS SAYA 01111262544








Sunday, June 22, 2014

DIRI SAYA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan catatan harian saya. InsyaALLAH akan berterusan hendaknya. Kerana saya juga suka menulis sesuatu yang baru. Entri kali ini adalah rentetan dari entri sebelum ini.

Nama saya Norhaslinda binti Roslan. Berasal dari Kota Tinggi Johor. Di besarkan dari kecil sehinggalah saya berumur 19 tahun disana. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana di Kota Tinggi juga. Pendidikan tertinggi setakat ini di peringkat Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Pulau Pinang pada tahun 2004 sehinggalah 2007.

Kerjaya saya bermula pada November 2007 sehinggalah sekarang. Suami bernama Mohd Faidzal bin Idris dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Adam Hasziq bin Mohd Faidzal yang berumur 4tahun. Dan insyaALLAH pada penghujung bulan Julai ini saya akan melahirkan cahaya mata yang ketiga. Amin. Kenapa saya kata tiga. Saya pernah keguguran semasa pertama kali mengandung. Tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya lagi masa itu. Saya terima qada' dan qadar Allah s.w.t.

Sekarang saya bekerja sebagai seorang jururawat terlatih di sebuah hospital kerajaan di AMpang Selangor. Bekerja di Bone Marrow Transplant Ward (BMT). Mungkin tidak ramai yang tahu apa itu BMT wad. Bone marrow transplant adalah pemindahan sum-sum tulang. Saya menjaga pesakit yang mengalami kanser darah seperti leukemia.

Baiklah saya rasa setakat ini sahaja entri saya. InsyaALLAH saya akan sambung entri tentang kerja saya di BMT wad pada entri akan datang. Harap bersabar menunggu ya. Banyak kisah menarik yang saya ingin kongsi dengan semua.

Assalamualaikum w.b.t

Saturday, June 21, 2014

STRATEGI JANA WANG SECARA SAMBILAN

Assalamualaikum w.b.t.

Menulis tidaklah sesusah yang disangka. Walaubagaimanapun saya telah mengambil masa yang lama iaitu lebih daripada sebulan untuk menghasilkan coretan harian yang tidak seberapa ini. Sedangkan di zaman persekolahan dulu saya adalah antara orang yang aktif menulis dan bercita-cita untuk menjadi seorang novelis terkenal. Pelik bukan.

Siapa saya? Saya hanyalah insan biasa yang tidak punya apa-apa. Bekerja sebagai seorang jururawat. Berumur 29tahun. Sudah berkecimpung dalam dunia kesihatan dan perubatan selama 10tahun. Disebabkan sudah terlalu lama rasanya sudah tiba masa untuk saya mencari sesuatu yang baru atau lebih elok dikatakan mencari keselesaan dalam kehidupan harian. Maksud disini mencari masa terluang dengan keluarga dan saya bebas menentukan masa saya sendiri.

Seingat saya, saya memulakan perniagaan online pada penghujung tahun iaitu December 2012 dengan secara tidak sengaja. Saya sudah bermula dengan perniagaan offline pula semenjak saya saya di bangku sekolah menengah lagi. Jadi sifat dan sikap berniaga sudah ada sedari saya remaja lagi. Dan ianya berlangsung sehinggalah penghujung tahun 2012. Dimana pada bulan tersebut menjadi titik tolak perniagaan online saya. Saya bermula dengan tanpa sebarang modal. Menarik bukan. Kita tidak perlu mengeluarkan sebarang modal dan menyimpan produk yang banyak di rumah. Alhamdulillah dengan konsep perniagaan dropship saya masih boleh menjadi 'SURI BERKERJAYA'  dalam satu masa.

Saya berharap dengan adanya blog-blog seperti ini dapat melahirkan ramai usahawan yang bekerja dari rumah dan juga usahawan sambilan sambil bekerja. Amin. InsyaALLAH.