Saturday, June 21, 2014

STRATEGI JANA WANG SECARA SAMBILAN

Assalamualaikum w.b.t.

Menulis tidaklah sesusah yang disangka. Walaubagaimanapun saya telah mengambil masa yang lama iaitu lebih daripada sebulan untuk menghasilkan coretan harian yang tidak seberapa ini. Sedangkan di zaman persekolahan dulu saya adalah antara orang yang aktif menulis dan bercita-cita untuk menjadi seorang novelis terkenal. Pelik bukan.

Siapa saya? Saya hanyalah insan biasa yang tidak punya apa-apa. Bekerja sebagai seorang jururawat. Berumur 29tahun. Sudah berkecimpung dalam dunia kesihatan dan perubatan selama 10tahun. Disebabkan sudah terlalu lama rasanya sudah tiba masa untuk saya mencari sesuatu yang baru atau lebih elok dikatakan mencari keselesaan dalam kehidupan harian. Maksud disini mencari masa terluang dengan keluarga dan saya bebas menentukan masa saya sendiri.

Seingat saya, saya memulakan perniagaan online pada penghujung tahun iaitu December 2012 dengan secara tidak sengaja. Saya sudah bermula dengan perniagaan offline pula semenjak saya saya di bangku sekolah menengah lagi. Jadi sifat dan sikap berniaga sudah ada sedari saya remaja lagi. Dan ianya berlangsung sehinggalah penghujung tahun 2012. Dimana pada bulan tersebut menjadi titik tolak perniagaan online saya. Saya bermula dengan tanpa sebarang modal. Menarik bukan. Kita tidak perlu mengeluarkan sebarang modal dan menyimpan produk yang banyak di rumah. Alhamdulillah dengan konsep perniagaan dropship saya masih boleh menjadi 'SURI BERKERJAYA'  dalam satu masa.

Saya berharap dengan adanya blog-blog seperti ini dapat melahirkan ramai usahawan yang bekerja dari rumah dan juga usahawan sambilan sambil bekerja. Amin. InsyaALLAH.

No comments:

Post a Comment