Sunday, June 22, 2014

DIRI SAYA

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk meneruskan catatan harian saya. InsyaALLAH akan berterusan hendaknya. Kerana saya juga suka menulis sesuatu yang baru. Entri kali ini adalah rentetan dari entri sebelum ini.

Nama saya Norhaslinda binti Roslan. Berasal dari Kota Tinggi Johor. Di besarkan dari kecil sehinggalah saya berumur 19 tahun disana. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi. Meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana di Kota Tinggi juga. Pendidikan tertinggi setakat ini di peringkat Diploma Kejururawatan di Kolej Kejururawatan Pulau Pinang pada tahun 2004 sehinggalah 2007.

Kerjaya saya bermula pada November 2007 sehinggalah sekarang. Suami bernama Mohd Faidzal bin Idris dan mempunyai seorang cahaya mata bernama Adam Hasziq bin Mohd Faidzal yang berumur 4tahun. Dan insyaALLAH pada penghujung bulan Julai ini saya akan melahirkan cahaya mata yang ketiga. Amin. Kenapa saya kata tiga. Saya pernah keguguran semasa pertama kali mengandung. Tidak mengapa mungkin bukan rezeki saya lagi masa itu. Saya terima qada' dan qadar Allah s.w.t.

Sekarang saya bekerja sebagai seorang jururawat terlatih di sebuah hospital kerajaan di AMpang Selangor. Bekerja di Bone Marrow Transplant Ward (BMT). Mungkin tidak ramai yang tahu apa itu BMT wad. Bone marrow transplant adalah pemindahan sum-sum tulang. Saya menjaga pesakit yang mengalami kanser darah seperti leukemia.

Baiklah saya rasa setakat ini sahaja entri saya. InsyaALLAH saya akan sambung entri tentang kerja saya di BMT wad pada entri akan datang. Harap bersabar menunggu ya. Banyak kisah menarik yang saya ingin kongsi dengan semua.

Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment